BeritaCOVID19

Panel Penasihat FDA AS Lulus Penggunaan Dos Penggalak Vaksin Moderna

WASHINGTON, 15 Okt — Panel penasihat vaksin untuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis sebulat suara meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan bagi dos penggalak vaksin COVID-19 Moderna.

Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi FDA mengesyorkan penggunaan dos penggalak itu untuk mereka berusia lebih 65 tahun dan berumur antara 18 hingga 64 tahun yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk.

Pemberian suntikan dos penggalak itu juga disyorkan kepada pekerja yang berisiko mendapat jangkitan disebabkan faktor pekerjaan atau keadaan hidup mereka, lapor Xinhua.

Populasi yang disarankan untuk dos penggalak Moderna adalah sama dengan yang diluluskan Pfizer bulan lepas.

Keputusan akhir oleh FDA mengenai dos penggalak Moderna dijangka dimuktamadkan dalam masa beberapa hari lagi.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button