info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Pasang Niat Kerja Kerana Allah – Dr Noor Hisham

79views

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus meminta petugas barisan hadapan sentiasa memasang niat berkhidmat kerana Allah SWT.

Menerusi status dimuat naik di Facebook lewat malam tadi, Dr Noor Hisham berkata, ia perlu dilakukan sebelum petugas barisan hadapan memulakan tugas harian mereka.

“Saya menyeru kepada semua “frontliners” (petugas barisan hadapan) iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT.

“InshaAllah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakal kembali kepada Allah SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh Allah SWT,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memetik ayat 185 Surah Ali Imran dan ayat 156 Surah Al Baqarah.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 3,339 kes positif COVID-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 158,434 kes.

Jumlah itu sedikit rendah berbanding yang direkodkan kelmarin iaitu 4,029 kes, kes harian paling tinggi direkodkan setakat ini pada hari keempat pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Source Link