Pasukan keselamatan tingkat kawalan keselamatan di selatan Thailand

PATTANI, 30 Dis (Bernama) — Pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan keselamatan di destinasi utama pelancongan di semua wilayah selatan Thailand menjelang sambutan ambang tahun baru pada Sabtu.

Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata anggota keselamatan ditempatkan di destinasi pelancongan termasuk pantai, pusat membeli-belah dan pusat hiburan memandangkan peningkatan ketibaan pelancong.

“Kita akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan para pelancong dan pengunjung terjamin,” katanya kepada pemberita.

Setakat ini, Santi berkata tiada maklumat anggota militan akan melakukan serangan dan sabotaj.

“Sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan akan dilakukan di kawasan berisiko.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button