Uncategorized

PBB perlukan pembaharuan, tingkat keberkesanan: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlukan pembaharuan untuk mengukuhkan lagi keberkesanannya selepas melalui perubahan ketara sejak badan dunia itu wujud 75 tahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pembaharuan juga diperlukan untuk menjadikan badan dunia itu lebih telus dan meningkatkan lagi kredibilitinya, katanya dalam ucapan sulungnya pada Debat Umum Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York hari ini.

“Untuk itu kita mesti bekerjasama mereformasi organisasi dan kita berharap negara anggota akan menunjukkan keterbukaan, fleksibiliti dan keazaman politik demi kepentingan keamanan, keselamatan dan kemakmuran antarabangsa,” katanya.

PBB perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan dunia untuk mendepani krisis yang tidak dijangka, katanya.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button