info@rakyat.my
Saturday, June 19, 2021
Berita

PDRM Umum Pertukaran Tiga Pegawai Kanan

112views

KUALA LUMPUR, 22 Okt  — Ketua Unit Siasatan Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Supt Mohd Fazley Ab Rahman merupakan antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 23 Nov depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata Mohd Fazley akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Mohd Fazley menggantikan Supt Mohd Nor Marzukee Besar yang akan bertukar ke Supt Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Satu lagi pertukaran menyaksikan Supt Sekretariat Tetap ASEANAPOL, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman Supt Hoo Chang Hook dilantik ke jawatan Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

— BERNAMA

Source link