info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Pelajar SPM 2020 Tidak Perlu Isi Borang UPUOnline, Maklumat Lengkap Pada 8 Mac

73views

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara bagi pengambilan 2021, akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mengemukakan permohonan terus kepada kementerian itu tanpa melalui UPUOnline.

“Pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM, www.moe.gov.my pada 8 Mac ini.

“Justeru, KPM mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Source Link