Berita

Pelaku Politik Yang Mengeksplotasi Perasaan Kaum Perlu Dielakkan – PM

54views

KUALA LUMPUR, 15 Feb  — Rakyat Malaysia harus berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada majlis pelancaran secara maya Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 hari ini, perdana menteri berkata ia merupakan cabaran utama dalam hampir semua negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

“Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan,” katanya pada majlis yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Perpaduan Negara.

Beliau berkata kerajaan sedar, rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah dikecapi selama ini demi matlamat peribadi.

“Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara. Berpegang kepada prinsip inilah Kementerian Perpaduan Negara telah diwujudkan bagi menggalas tugas berat memastikan agenda perpaduan nasional dijayakan,” katanya.

— BERNAMA

Source link