Sukan

Pele Jalani Fisioterapi Di Hospital Sao Paulo

RIO DE JANEIRO, 19 Sept — Legenda bola sepak Pele terus menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial oleh anak perempuan sulungnya Nascimento pada Sabtu, Pele kelihatan tersenyum ketika menjalani fisioterapi di hospital Albert Einstein di Sao Paulo, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Hari ini dua lagi langkah ke depan. Terima kasih atas kasih sayang dan semua mesej,” tulis Nascimento.

Bintang berusia 80 tahun itu menjalani pembedahan di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo pada 4 September lalu selepas ketumbuhan berkenaan dikesan ketika menjalani pemeriksaan rutin.

Bekas bintang Santos dan New York Cosmos itu turut memaklumkan mengenai keadaan terkininya menerusi di media sosial  “keadaan saya beransur pulih” dan “tersenyum setiap hari.”

Pele satu-satunya pemain yang pernah memenangi Piala Dunia tiga kali dan dianggap pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button