info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Pelumba Basikal Negara Juara Grand Prix (GP) Manavgat, Di Turki

53views

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Selang enam jam selepas jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang memenangi pingat emas di Australia, seorang lagi pelumba basikal, Harrif Saleh turut tidak ketinggalan mengharumkan nama Malaysia di Turki.

Harrif, 32, yang mewakili Terengganu Cycling Team (TSG) membuktikan kayuhannya tidak berkarat walaupun ‘berehat’ hampir setahun akibat pandemik COVID-19 dengan menjuarai Grand Prix (GP) Manavgat, di Turki, sebentar tadi.

Kemenangannya pada perlumbaan sejauh 149 kilometer itu seharusnya menjadi tonik terbaik buat Harrif dan TSG untuk memburu lebih banyak kejayaan musim ini.

Menariknya, Azizulhasni yang diberi julukan ‘The Pocket Rocket Man’ dan Harrif, kedua-duanya adalah anak jati Terengganu dan kejayaan mereka turut mengharumkan nama negeri itu.

Source Link