Home Berita Pembangunan Telekomunikasi Sabah Dan Sarawak Bakal Diberi Keutamaan

Pembangunan Telekomunikasi Sabah Dan Sarawak Bakal Diberi Keutamaan

32
0

KOTA KINABALU, 4 Jun – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi jaminan bahawa kerajaan Sabah akan diberi keutamaan tinggi dalam rancangan pembangunan telekomunikasi negara.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata suasana dan perubahan geopolitik menjadikan pulau Borneo termasuk Sabah dan Sarawak bakal menjadi sebahagian besar pusat pertemuan baharu penting serta strategik susulan perpindahan Ibu Kota Negara (IKN) Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

“Kita tidak perlu menunggu sebaliknya mula meloncat untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai satu kawasan pertumbuhan baharu yang penting dalam negara kita.

“Justeru itu, kementerian saya akan memastikan program K-KOMM, multimedia, agensi di bawahnya dan syarikat telekomunikasi yang sama-sama terbabit diberikan tumpuan sepenuhnya.

“Ini jaminan saya kepada pemimpin kerajaan negeri, kita akan bekerja kuat dan berikan keutamaan tinggi kepada Sabah dalam rancangan pembangunan terutama sekali telekomunikasi negara.

“Pada masa ini, lebih daripada RM1 bilion sudah diperuntukkan, diluluskan dan sedang dilaksanakan baik di bawah JENDELA serta pembekalan perkhidmatan jalur lebar termasuk di kawasan pedalaman,” katanya berucap dalam program Riuh Bah! Bersama Hotlink di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, Pengerusi MyCreative Venture Sdn Bhd, Noor Azmi Mat Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut.

Dalam pada itu, Annuar turut berkata, Sabah wajar diberikan perhatian sepenuhnya berikutan negeri terbabit masih mempunyai banyak potensi tersembunyi dalam sektor industri kreatif.

“Sektor industri kreatif masih banyak yang belum digali dan dicungkil. Sabah antara negeri yang sangat kaya dgn kreativiti serta keupayaan untuk mengetengahkan pelbagai karya industri kreatif dan perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana terdapat potensi industri kreatif yang boleh dibanggakan negara kita,” katanya.

Sumber

Facebook Comments Box
Previous articleBenih 1S21 tingkat pengeluaran padi negara
Next articleMalaysia Tempat Berlindung Warga Asia Barat
Sistem Automasi Berita