Pemberian tuala wanita percuma di Ibu Pejabat KKM untuk dapat maklum balas segera

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma yang akan dimulakan di Ibu Pejabat Kmenterian Kesihatan (KKM) mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata  apatah lagi ia sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita.

“Saya mengambil maklum di atas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai berhubung kenyataan saya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM.

“Saya ingin perjelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata sekiranya berjaya pemberian itu boleh diperluaskan ke fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam.

Semalam, Dr Zaliha memaklumkan KKM bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini dan sebagai permulaan, ia akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di Bangunan KKM dalam masa terdekat.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button