Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaPengerusi SAC Myanmar adakan rundingan dengan 10 kumpulan bersenjata etnik pada 20...

Pengerusi SAC Myanmar adakan rundingan dengan 10 kumpulan bersenjata etnik pada 20 Mei

YANGON, 19 Mei (Bernama) — Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing akan mengadakan rundingan damai dengan 10 pertubuhan bersenjata etnik (EAO) pada 20 Mei, kata jurucakap majlis itu Zaw Min Tun.

“Kami akan mengadakan rundingan damai esok, 20 Mei,”  kata Zaw Min Tun dalam satu sidang media pada Khamis, lapor Xinhua.

Tujuh EAO merupakan penandatangan Perjanjian Gencatan Senjata Seluruh Negara (NCA) dan tiga EAO lagi bukan penandatangan telah mengesahkan untuk menghadiri rundingan damai itu.

EAO yang menandatangani NCA ialah Majlis Pemulihan Negara Shan/ Tentera Negeri Shan (RCSS/SSA), Tentera Demokratik Karen Buddha (DKBA), Majlis Keamanan KNU/ KNLA, Parti Baharu Negeri Mon (NMSP), Parti Liberal Arakan (ALP), Pertubuhan Liberal Nasional Pa-Oh (PNLO), dan Kesatuan Demokrasi Lahu (LDU).

Sementara tiga EAO bukan penandatangan ialah Tentera Bersatu Negeri Wa (UWSA), Pakatan Tentera Demokrasi Nasional (NDAA-Mongla) dan Parti Progresif Negeri Shan (SSPP).

Di Myanmar, 10 kumpulan bersenjata etnik setakat ini telah menandatangani perjanjian gencatan senjata di seluruh negara dengan kerajaan sejak ia diperkenalkan pada Oktober 2015.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular