Pengguna Maxis Di Sabah Dan Sarawak Guna 32GB Data Sebulan Secara Purata

Maxis hari ini berkongsi mengatakan mereka kini menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang membangunkan binaan rangkaian teras di Kuching dan Kota Kinabali yang menghubungkan ia terus ke sambungan kandungan antarabangsa.

Dengan langkah ini, ia dilihat akan menawarkan sambungan dan kelajuan lebih pantas, dan pada kadar pendam lebih rendah, terutamanya untuk kandungan video.

Maxis mengatakan langkah ini dilakukan disebabkan oleh penggunaan data di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding purata penggunaan negara. Secara purata, pengguna di Sabah dan Sarwak menggunakan 32GB data setiap bulan, dan memperlihatkan peningkatan dari bulan ke bulan.

Maxis mengatakan pembangunan infrastruktur baharu di Sabah dan Sarawak, memperlihatkan peningkatan kelajuan dan juga penurunan kadar pendam masa berbanding sebelum ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button