Penggunaan Rangkaian 5G Mencapai Sehingga 253TB Sehari Setakat Ini, Kelajuan Purata 380Mbps

Digital Nasional Berhad hari ini berkongsi kadar liputan mereka di Malaysia setakat ini, mencapai sehingga 90%di beberapa kawasan. Pada masa yang sama, DNB turut berkongsi mengatakan penggunaan data pada rangkaian 5G kini meningkat sehingga 8x, iaitu daripada 32TB sebelum ini, dan kini mencapai 253TB sehari.

Dari segi pengguna, DNB mengatakan ia mencapai kadar kemuncak sehingga 90,000 pengguna serentak setakat 30 Disember 2022 lepas.

DNB turut mengatakan rangkaian 5G mempunyai purata kelajuan muat-turun mencapai 380Mbps, yang mana lebih 10x ganda berbanding purata kelajuan muat-turun 4G semasa, iaitu 35Mbps.

Di Malaysia, setakat ini 5 syarikat telekomunikasi menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna mereka, termasuk Celcom, Digi, U Mobile, Unifi Mobile, dan juga Yes.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button