info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Penghantar Makanan Maut Digilis Treler di SKVE

73views

SEPANG, 6 Nov  — Seorang penghantar makanan maut digilis sebuah treler dalam satu kemalangan di Km27.2 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Kajang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian 3.30 petang itu, Ibrahim Dasuqi Sudin, 23, yang menunggang motosikal  dari arah Putrajaya/ Puchong disyaki hilang kawalan sebelum jatuh tergolek ke bawah treler terbabit.

“Akibat daripada itu, mangsa telah digilis oleh treler. Kedua-dua kenderaan adalah dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler yang berusia 35 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Source link