Penghantaran 20 kenderaan perisai APC selesai suku keempat 2023

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Penghantaran 20 unit kenderaan perisai Armoured Personnel Carrier (APC) untuk kegunaan Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850 di Lubnan akan selesai pada suku keempat tahun depan, demikian menurut Kementerian Pertahanan (Mindef).

Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perolehan membekal, menghantar dan mentauliah kenderaan perisai APC itu ialah kontrak yang telah dimeterai kerajaan melalui kementerian berkenaan bermula 3 Dis 2021 hingga 2 Dis 2024.

“Melalui kontrak itu, syarikat yang dilantik akan membekalkan sejumlah 20 unit kenderaan APC untuk kegunaan pasukan MALBATT 850 di Lubnan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan akhbar dalam talian semalam yang memetik pengendali akaun Twitter dengan nama ‘Malaysia Defence Review’ yang melaporkan 20 kenderaan APC yang sepatutnya beroperasi pada 2023 akan lewat tiba iaitu bermula 2026 hingga 2028.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button