
Pengumuman “Baik” Untuk Jalur-Lebar Talian Tetap Turut Akan Dilakukan Dalam Masa Terdekat
Menteri Komunikasi dan Digital hari ini telah memperkenalkan Pakej Perpaduan yang menawarkan pelan separuh harga dan tiga kali kelajuan kepada para pengguna, menawarkan kelajuan 3Mbps, dengan kuota 30GB bagi tempoh 3 bulan.
Disamping untuk pengguna pelan telekomunikasi mudah-alih, Menteri turut mengatakan pengumuman yang baik untuk pengguna jalur-lebar talian tetap akan dilakukan dalam masa terdekat. Walaupun tidak dinyatakan, kita mungkin akan dapat melihat penawaran pelan fiber yang lebih berpatutan dengan nilai yang mencukupi untuk penggunaan asas disediakan.
Pada masa yang sama, Menteri turut berkongsi mengatakan pihak kementerian juga telah merancang sejumlah perkara lain, dan dijangka akan diumumkan secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.