Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaPenjimatan Boost Star bantu rakyat Malaysia kurangkan bil isi rumah, perbelanjaan harian

Penjimatan Boost Star bantu rakyat Malaysia kurangkan bil isi rumah, perbelanjaan harian

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat, aplikasi gaya hidup dan perkhidmatan kewangan digital atau e-dompet Boost berusaha meringankan beban masyarakat tempatan dengan memberi lebih 100 juta Boost Star yang boleh dikumpul sehingga 68x lebih pantas pada Jun ini.

Boost dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Star untuk mendapat diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil isi rumah, kredit bulanan sehingga RM210 untuk keperluan harian dan banyak lagi di Aplikasi Boost.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost Sheyantha Abeykoon berkata aplikasi itu membolehkan pengguna mengumpul Boost Star dengan lebih pantas sepanjang bulan ini untuk menikmati penjimatan bagi bil isi rumah, barangan runcit, petrol dan keperluan harian lain

“Kami mendengar rintihan masyarakat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan harga barangan keperluan.

“Dengan lebih 50 pembekal perkhidmatan bil yang sedia ada di BoostBills, rakyat Malaysia boleh menggunakan ciri ‘Pay With Stars’ untuk mendapatkan diskaun secara langsung apabila membuat bayaran bil bulanan menerusi aplikasi gaya hidup digital Boost,” katanya.

Menurut kenyataan itu, jumlah nilai diskaun akan mengikut pangkat BoostUP, bilangan Boost Star dan perbelanjaan minimum pengguna.

“Untuk setiap bil, pengguna yang berpangkat Red Recruit boleh berjimat RM2, Silver Sergeant boleh berjimat RM5, dan Gold General boleh berjimat RM10 melalui ciri ‘Pay With Stars’ di applikasi Boost,” katanya.

Kenyataan itu menyebut rakyat Malaysia juga boleh menggunakan Boost Star untuk menebus kredit Partner Wallet bagi penjimatan tambahan sehingga RM210 setiap bulan bagi barangan runcit, petrol serta pembelian dalam talian dan pengguna boleh mengunjungi BoostUP Rewards Catalogue, kemudian menebus kredit Partner Wallet di bawah kategori ‘Tunai’ dengan Boost Star yang diperlukan.

Selain itu, pengguna boleh memaksimumkan pengumpulan Boost Star pada bulan Jun ini kerana Boost memberikan lebih 100 juta Boost Star pada kadar lebih cepat berbanding hari biasa apabila pengguna menerima 1 hingga 3 Boost Star untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Menurut kenyataan itu, pada bulan Jun ini, rakyat Malaysia boleh menikmati kutipan Boost Star sehingga 68x lebih pantas apabila membeli-belah dalam talian dengan rakan niaga terpilih, sehingga 1,000 Boost Star apabila menyempurnakan Boost Mission sehingga 86,000 Boost Star apabila berdaftar dengan rakan niaga terpilih dan banyak lagi.

Boost merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular