Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaPerdana Menteri hadir Rumah Terbuka ADUN Tanjung Bidara malam ini

Perdana Menteri hadir Rumah Terbuka ADUN Tanjung Bidara malam ini

ALOR GAJAH, 29 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini.

Ismail Sabri, yang tiba kira-kira 8.45 malam disambut Ab Rauf bersama kepimpinan kerajaan negeri termasuklah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman.

Turut hadir barisan Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan ribuan penduduk sekitar.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular