Sabtu, Jun 25, 2022
HomeArtikelPERKARA YANG UMNO BN BOLEH ‘KAWAL’ SEBELUM MASUK PRU15

PERKARA YANG UMNO BN BOLEH ‘KAWAL’ SEBELUM MASUK PRU15

Tenaga dan petrol boleh dikatakan sebagai antara kos yang dimasukkan dalam hampir semua rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Apabila tarif tenaga elektrik serta RON97 dan RON95 dikawal harga runcit secara stabil oleh Kerajaan Persekutuan sendiri, Kerajaan Persekutuan boleh katakan bahawa pihaknya berjaya mengawal harga dua komoditi yang menjadi cost-input hampir semua barang yang lain.

Dan, kalau Kerajaan Persekutuan nak kata bahawa inflasi semasa negara masih terkawal dengan menstabilkan harga tenaga dan petrol pun, bagi mereka yang faham isu yang saya cuba sebutkan di atas ini, ia adalah wajar diterima.

Pun begitu, ada banyak harga barangan dan perkhidmatan yang tidak tersenarai dalam bakul tinjauan DOSM untuk menentukan tingkat Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Inflasi, tetapi harga barang itu secara ketara naik harga.

Contohnya harta sepinggan nasi dengan sayur, sebelah telur masin dan sepotong ikan isi di Astaka Stadium Bandaraya dekat George Town boleh sampai RM11 semalam, bagi saya ia adalah kenaikan harga yang begitu ketara.

Dan, kenaikan harga ini secara realiti memang berlaku (walaupun ia tidak dimasukkan dalam data statistik IHP dan Inflasi), dan perkara sebegini akan melambangkan Kerajaan Persekutuan adalah naif jika menafikan kos sara hidup rakyat meningkat belakangan ini atas pelbagai faktor seperti;

• Gangguan bekalan peringkat pengagihan atau pengeluaran

• Faktor spekulasi termasuk atas permainan para pemegang taruh ataupun atas sebab sampingan yang lain seperti kos sewa premis dll

Ceritanya di sini, tingkat harga IHP dan inflasi semasa, kalau Kerajaan Persekutuan nak melaksanakan langkah penguatkuasaan dengan lebih bersepadu pun (bukan setakat menstabilkan harga tenaga dan petrol yang menjadi cost-input hampir semua barangan dan perkhidmatan lain), Kerajaan Persekutuan mungkin boleh memperlahankan kenaikan inflasi itu sahaja.

Ertinya, kalau pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri “nak tunggu inflasi semasa kembali merosot, baru nak panggil Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)”, ia memang tak boleh dicapai dalam tempoh kurang setahun dengan mengambil kira baki penggal PRU14 yang memang kurang daripasa tempoh setahun.

Disebabkan itu, perkiraan Presiden Umno Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalan Wacana Aspirasi Umno (WAU) baru-baru ini yang mengatakan bahawa “kalau nak tunggu inflasi merosot, dalam tempoh dua tahun lagi pun belum tentu boleh dicapai untuk membolehkan PRU15 diadakan.”

Bagi saya, Dr Ahmad Zahid Hamidi cuba menghantar isyarat bahawa kenaikan inflasi secara realiti adalah di luar kawalan Kerajaan Persekutuan, tetapi Kerajaan Persekutuan perlu mengadakan polisi-polisi fiskal yang lain untuk menunjukkan bahawa pengundi PRU15 bahawa Umno BN sebagai parti pemerintah sedang melakukan semampunya untuk membela rakyat teramai.

Dan, salah satu polisi fiskal yang boleh dipertimbangkan pentadbiran Ismail Sabri adalah melaksanakan projek perintis Program Jaminan Kerja Sosial Luar Bandar dengan menggunakan baki peruntukkan Program Subsidi Upah 2022 yang berjumlah kira-kira RM4.8 bilion sedia ada.

Walaupun Program Jaminan Kerja Sosial Luar Bandar dibiayai peringkat Persekutuan, terapi skop kerja ditentukan mengikut keperluan lokal.

Ada sesetengah kawasan luar bandar yang memerlukan kerja pembaikan tali air sawah; ada sesetengah kawasan lain mungkin memerlukan kerja-kerja pembersihan lembangan sungai; dan ada sesetengah kawasan yang lain mungkin memerlukan tenaga buruh untuk kerja-kerja pembersihan kawasan kediaman berstrata ataupun pusat asuhan kanak-kanak komuniti.

Golongan penganggur yang menyertai Program Jaminan Kerja Sosial Luar Bandar ini layak untuk menikmati upah bulanan RM1,500 sementara sebelum mereka mendapat pekerjaan dengan skim gaji yang lebih menarik.

Secara ekonomi, Program Jaminan Kerja Sosial Luar Bandar akan berfungsi sebagai ‘automatic stabilizer’ – Semasa ekonomi negara kian mencabar, perbekalan Kerajaan akan meningkat bagi menyerap kadar pengangguran. Dan, apabila ekonomi semakin berkembang, perbiayaan Kerajaab untuk polisi fiskal ini juga secara automatik akan berkurangan. Pembiayaan fiskal adalah bergantung pada tingkat pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat.

Pentadbiran Ismail Sabri boleh memberitahu bahawa perbelanjaan fiskal untuk pelaksanaan Program Jaminan Kerja Sosial Luar Bandar bukan sahaja akan membela rakyat bawahan dalam mengharungi hidup semasa fasa endemik sekarang.

Pada masa yang sama, program tersebut turut meramaikan ‘potential buyers’ yang sangat diperlukan oleh semua sektor swasta (termasuk peniaga kecil dan sederhana) yang mahu menjual produk barangan atau perkhidmatan mereka demi memperbaiki kedudukan kewangan syarikat.

Justeru, dengan pelaksanaan Program Jaminan Kerja Sosial Luar Bandar sebagai ‘projek perintis’, pentadbiran Ismail Sabri memang boleh menjana sokongan majoriti pengundi PRU15 kerana polisi fiskal ini sangat merelevan perjuangan parti dengan citarasa rakyat teramai.

Dan, Ismail Sabri boleh juga memberitahu bahawa projek perintis ini memang memerlukan Umno BN segera masuk PRU15 dan mendapat mandat yang lebih besar.

Ini kerana, suatu Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang lebih radikal perlu diwujudkan pasca PRU15 di Parlimen yang mana perbiayaan Program Jaminan Kerja Sosial Luar Bandar mesti secara ‘automatic spending’ dan bukan lagi ‘discreationary spending’ (baca: maksudnya Kerajaan Pusat perlu membentang RUU Perbekalan Tambahan tertentu terlebih dahulu, baru boleh melaksanakan polisi membela rakyat ini).

Saya mohon mencadang.

Facebook Comments Box
Zainulfaqar Yaacob
Zainulfaqar Yaacob
Zainulfaqar Yaacob merupakan fotojurnalis di negeri Pulau Pinang, dan ahli biasa Kelab Diskusi Ekonomi Rakyat (KADER) serta menciap di @zainulfaqar.
Berkaitan

Popular