info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

Perlu Insurans Perjalanan Minimum S$30,000 Untuk Masuk Singapura

125views

SINGAPURA, 17 Jan — Pelawat yang bercadang memasuki Singapura di bawah Pas Perjalanan Udara (ATP) dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) perlu mempunyai insurans perjalanan untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19 di sini, dengan perlindungan minimum S$30,000 (RM91,028).

Keperluan baharu itu berkuat kuasa mulai jam tengah malam 31 Januari, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam semakan terbarunya mengenakan langkah sekatan sempadan yang lebih ketat bagi menangani risiko kes import COVID-19 dan penularan jangkitan tempatan daripada pelawat.

“Insurans perjalanan itu akan membantu mereka membayar kos rawatan perubatan di Singapura. Pelawat boleh membeli insurans perjalanan itu dari syarikat insurans berpangkalan di Singapura atau di luar negara,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini semalam.

Senarai produk insurans yang tersedia boleh didapati di laman web SafeTravel di https://safetravel.ica.gov.sg/health, lapor agensi berita CNA.

Source Link