info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Perniagaan

Permintaan Kek Meningkat Semasa PKP, Rancang Buka Francais

58views

KUALA LUMPUR, 19 Okt — ZBC Bakery Sdn Bhd (ZBC Bakery) bakal melebarkan sayap menerusi perancangan membuka cawangan ketiganya di Ampang, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Taufik Abdul Latef berkata, buat masa ini ZBC Bakery mempunyai cawangan di Bangi dan Shah Alam.

“Kami rancang perkenalkan konsep francais dalam bentuk kios dengan anggaran modal RM50,000 tahun depan.

“Malah, sejak 2018 kami diberi bimbingan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada,” katanya.

Taufik berkata, pihaknya turut merancang membina dapur utama ZBC Bakery yang berkapasiti lebih besar dengan anggaran modal RM200,000 bagi menampung kenaikan permintaan.

Menurutnya, tahun ini ZBC Bakery menyasarkan jualan RM1.5 juta.

“Kami yakin dapat capai sasaran, malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, jualan ZBC Bakery mencatatkan pertumbuhan berganda iaitu mencecah RM170,000 berbanding RM60,000 sebulan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasinya, Zetty Nurakmal Azura Rashed berkata, kek butterscotch keluarannya adalah produk paling laris dengan menyumbang 90 peratus jualan.

“Kami juga mengeluarkan perasa lain seperti kek pandan,” katanya.

Source link