Home Berita Persimpangan Rio redakan kesesakan trafik di Bandar Puteri Puchong

Persimpangan Rio redakan kesesakan trafik di Bandar Puteri Puchong

36
0

PUCHONG, 27 Mei (Bernama) — Persimpangan Rio City, infrastruktur baru dibuka sepanjang 2.35 kilometer yang dinaik taraf dan dipertingkatkan, dijangka menambah baik ketersampaian dan meredakan aliran trafik ke perbandaran Bandar Puteri Puchong.

Projek komuniti oleh IOI Properties Group Bhd (IOIPG) bernilai RM90 juta itu mengambil masa lima setengah tahun untuk disiapkan.

“Kami berharap ia akan meredakan pergerakan trafik sehingga 90 peratus dan pada masa yang sama, menampung populasi yang lebih tinggi di Bandar Puteri Puchong, pada masa akan datang,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif IOIPG Datuk Voon Tin Yow pada majlis perasmian persimpangan Rio City hari ini.

Ia terletak di persimpangan Lebuh Puteri dan Persiaran Puteri, di hadapan IOI Galleria @ Puchong.

Voon berkata projek persimpangan itu dibangunkan oleh IOPG dalam dua fasa sebagai pelaburan untuk mewujudkan masyarakat yang mampan, walaupun menyerahkan infrastruktur itu kepada pihak berkuasa.

Fasa pertama bagi kerja-kerja infrastruktur di Lebuh Puteri dimulakan sejak Ogos 2016 hingga September 2019.

Ia merangkumi pembinaan jejambat dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Lebuh Puteri Puchong untuk meningkatkan kesalinghubungan ke Bandar Puteri Puchong.

IOIPG — pemaju hartanah gaya hidup, turut membina jambatan pejalan kaki berbumbung sepanjang 35 meter dan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Korporat Kewangan Puchong dan Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong.

Fasa kedua dimulakan pada Februari 2019 hingga April 2022.

Ia termasuk jalan bawah khas bagi akses terus ke IOI Rio, jalan bawah tambahan sepanjang 80 meter di bawah persimpangan Rio City, dan jambatan pejalan kaki dari kawasan komersial The Cube ke Rio City, selain menaik taraf lampu jalan dan lintasan pejalan kaki dengan lampu isyarat.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box
Previous articleMAFI akan bantu pihak berminat bawa masuk sumber makanan
Next articleGTALCC: Tiga projek dijayakan dalam tempoh lima tahun
Sistem Automasi Berita