info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Perubahan Lidah, Tangan Atau Tapak Kaki Beri Petunjuk Awal COVID-19

38views

MADRID, 27 Jan — Perubahan pada lidah, tangan atau tapak kaki dapat memberi petunjuk awal mengenai jangkitan COVID-19, menurut penyelidik Sepanyol dalam satu kajian semalam.

Kesimpulan itu antara dapatan daripada kajian dilakukan ke atas 666 pesakit COVID-19 di hospital medan IFEMA Madrid yang ditubuhkan ketika gelombang pertama wabak itu, kata pemimpin daerah.

Satu daripada empat pesakit menyatakan mereka melihat perubahan pada lidah mereka, sementara empat dari 10 orang melihat tanda yang tidak normal di tapak tangan atau kaki mereka.

Kajian dilakukan April lalu oleh pakar penjagaan kesihatan Hospital La Paz Madrid dan perkhidmatan penjagaan primer dengan penemuan yang diterbitkan dalam British Journal of Dermatology, dalam bentuk ‘surat penyelidikan’, pada September.

Beberapa pesakit dilaporkan mengalami bengkak lidah dan kemunculan tompok yang disebut ‘lidah Covid’ yang dikaitkan dengan kehilangan deria rasa.

Gejala lain seperti rasa terbakar dan kemerahan pada tapak tangan atau kaki, manakala pada sesetengah kes lain, munculnya kesan noda kecil.

“Hampir separuh pesakit COVID-19 ringan hingga sederhana dimasukkan ke hospital lapangan selama dua minggu menunjukkan penemuan mukokutaneus.

“Rongga mulut sering dikaitkan dan memerlukan pemeriksaan khusus dalam keadaan yang sesuai bagi mengelak risiko penularan,” menurut surat itu. – AFP

Source Link