Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaPH cadang wujud jawatankuasa pilihan di DUN Johor

PH cadang wujud jawatankuasa pilihan di DUN Johor

JOHOR BAHRU, 25 Mei (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan supaya diwujudkan jawatankuasa pilihan dwipartisan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Ketua Pembangkang DUN Johor Liew Chin Tong berkata ia melibatkan Jawatankuasa Pilihan Tadbir Urus Cekap Berintegriti; Jawatankuasa Pilihan Masalah Iklim, Perancangan Bandar dan Luar Bandar dan Jawatankuasa Pilihan Kerjasama Johor-Singapura.

Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Pemerkasaan Federalisme dan Kuasa Negeri serta Jawatankuasa Pilihan Ekonomi dan Kesejahteraan Bangsa Johor.

Liew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling berkata ia penting dalam membina kerjasama dwipartisan bagi membawa Johor bergerak maju serta memastikan kepentingan rakyatnya sentiasa diutamakan.

“Bagi pihak pembangkang, saya telah menulis surat kepada Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk mencadangkan supaya diwujudkan jawatankuasa pilihan dwipartisan ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular