BeritaSukan

Piala Emas Raja-raja ditunda ke 2022

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja (PERR) tahun ini ditunda ke 2022, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) Datuk Kamarulnizam Mohamad Sharip.

Beliau berkata edisi ke-80 kejohanan itu terpaksa ditangguhkan setelah mengambil kira keselamatan pemain, pegawai setiap pasukan serta individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pertandingan tersebut.

Beliau berkata keputusan itu turut dibuat berikutan status penganjuran kejohanan tersebut yang masih belum mendapat kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak Ahli Jawatankuasa PBSMM berharap agar wabak COVID-19 dapat ditangani secepat mungkin dan semoga segala perancangan yang diatur dapat dijalankan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button