Berita

Pilihan Raya AS, Biden terus dahului Trump di Nevada

122views

WASHINGTON, 6 Nov (Bernama) — Calon presiden Demokrat Joe Biden terus berada di depan meninggalkan Presiden Donald Trump di Nevada, lapor agensi berita Sputnik memetik CNN.

Dengan 87 peratus undi dikira Biden mendahului Trump dengan 11,454 undi, atau 49.5 peratus berbalas 48.5 peratus.

Sebelum ini Biden dilaporkan memperoleh 7,647 undi selepas 75 peratus kertas undi dikira.

Source link