info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

Pindaan Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Dibuat Bermula Esok

42views

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk meminda jumlah had pengeluaran kemudahan i-Sinar bermula esok melalui i-Sinar Online.

KWSP dalam satu pemberitahuan di laman sosialnya, berkata ia dibuka kepada ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan asal dibuat.

“Jika ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, anda boleh membuat pindaan hanya satu kali di i-Sinar Online.

“Ahli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun ianya tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.