Berita

PKPD Di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung Tamat Ahad

Gambar Ihsan Utusan
191views

KUALA LUMPUR, 2 Mei  — Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan ditamatkan hari ini, lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan pada 13 Mei.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan terdapat penurunan kes COVID-19 dan kluster tersebut terkawal manakala semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan), kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan pada 2 Mei (hari ini) lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Sehingga kini, beliau berkata KKM telah melaksanakan 329 ujian saringan, 181 daripadanya disahkan positif COVID-19 dalam kluster berkenaan.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga membuat keputusan untuk menamatkan PKP di Mukim Endau dan Triang, Mersing, Johor esok, seperti dijadualkan.

Mengenai penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP, Ismail Sabri berkata  sebanyak 500 individu lagi ditahan semalam.

Beliau berkata, 215 ditahan kerana kesalahan gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis, aktiviti pusat hiburan (77), tiada penjarakan fizikal (55), tidak memakai pelitup muka (53) dan lain-lain kesalahan (100).

— BERNAMA

Source link