Selasa, Mei 17, 2022
HomeBeritaPM Ismail Sabri bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika

PM Ismail Sabri bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika

WASHINGTON D.C, 12 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Syarikat itu termasuklah Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instruments, GE Aviation, Conoco Phillips, Ford, National Instruments, Infineon, Micron dan Insulet.

Ismail Sabri menemui mereka pada sesi pertemuan perniagaan di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri Malaysia, yang tiba di sini pada Rabu, dalam lawatan kerja selama empat hari ke Amerika Syarikat.

— BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular