info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Pola Pembangunan Baharu China Jadi Tumpuan

35views

BEIJING, 14 Nov — Prestasi ekonomi China yang mencatatkan pertumbuhan positif mendapat pujian diplomat asing yang menghadiri Forum China dan Globalisasi keenam di Beijing.

Antara yang menarik perhatian diplomat asing ialah strategi pembangunan baharu China khususnya “dwikitaran”, bercirikan kitaran domestik dan antarabangsa yang saling menggalakkan.

Diplomat asing itu juga berharap China akan terus memperluas keterbukaan terhadap pasaran dunia, di samping memantapkan lagi kerjasama dan menzahirkan dukungan terhadap multilateralisme.

Duta Kesatuan Eropah (EU) ke China, Nicolas Chapuis menyuarakan harapan agar  China akan memainkan peranan lebih besar dalam mekanisme Kumpulan 20 (G20) kerana negara ini adalah satu-satunya entiti ekonomi utama yang merekodkan pertumbuhan ketika penularan pandemik COVID-19.

Duta Belanda, Wim Geerts pula berpendapat, seluruh dunia telah mendapat faedah daripada perkembangan perdagangan antarabangsa dan keterbukaan China dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Ujarnya, Belanda bersedia menjalin sinergi lebih rapat dengan China bagi bersama-sama merungkai cabaran dalam keselamatan bahan makanan dan kesihatan awam.

Forum anjuran kumpulan pemikir Pusat China dan Globalisasi (CCG) itu, berlangsung di Beijing pada 11 hingga 12 November.

— BERNAMA

Source Link