info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Polis kesan wanita pakai gelang merah jambu di Chemor

49views

IPOH, 9 Jun — Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) COVID-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di sini baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Lee Swee Sake berkata siasatan lanjut sedang dilakukan selepas  pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam.

“Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata wanita itu dipercayai menunggang kenderaan itu untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit dan polis sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video itu.

Video berdurasi sembilan saat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam, yang dirakam orang awam selepas melihat perbuatan berkenaan.

— BERNAMA

Source link