info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Polis Tawau Aktifkan Lapan Pasukan Pemantau Pematuhan SOP

29views

TAWAU, 8 Okt  — Polis Tawau mengaktifkan lapan pasukan pemantau bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) sejak 29 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata sepanjang PKPDB itu, enam individu telah dikompaun manakala empat lagi akan didakwa di mahkamah kerana melanggar SOP termasuk rentas daerah.

“Saya nasihatkan supaya masyarakat mematuhi SOP dikeluarkan pihak berkuasa untuk kebaikan, jaga jarak fizikal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Batu 2, Jalan Apas di sini, hari ini.

Sementara itu, Peter berkata satu pasukan khas polis juga ditubuhkan membabitkan kenderaan peronda untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin di daerah Tawau.

Katanya, pasukan khas dibantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melakukan rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan tikus digunakan oleh pendatang asing.

— BERNAMA

Source link

Leave a Response