Porsche Membangunkan Lampu Kereta Pintar Mikro LED Yang Terang Tetapi Tidak Menyilaukan

Kami benci memandu di waktu malam kerana ada pengguna jalan raya lain yang menggunakan lampu HID yang membutakan atau yang terlupa untuk menurunkan lampu tinggi. Porsche menyedari akan isu ini dan telah membangunkan sistem lampu pintar yang menyelesaikan isu ini dan pada waktu sama masih menawarkan pencahayaan yang paling terang pernah mereka hasilkan.

Satu modul lampu yang dibangunkan ini mempunyai 16,384 mikro LED yang setiap satunya boleh dikawal secara berasingan. Pada keterangan maksimum 1,400 lumens, lampu ini boleh menerangi jalan gelap sehingga jarak 600 meter. Setiap LED mempunyai 1,024 tahap keterangan yang boleh diubah. Setiap lampu pula dilengkapi dua lampu yang bermakna 32,768 mikro LED disusun dalam konfigurasi 2×2.

Walaupun boleh mencapai tahap keterangan yang tinggi, lampu ini cukup pintar untuk mengelakkan ia membutakan pemandu di hadapan. Pada waktu malam misalnya, sebahagian segmen LED untuk lampu tinggi akan dimatikan bagi mengelakkan daripada membutakan pemandu di hadapan. Kesemua ciri ini berfungsi secara automatik tanpa sebarang input daripada pemandu diperlukan.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button