Selasa, Mei 17, 2022
HomeBeritaPresiden Pakistan enggan pecat gabenor Punjab

Presiden Pakistan enggan pecat gabenor Punjab

NEW DELHI, 10 Mei (Bernama) — Presiden Pakistan Arif Alvi enggan menerima nasihat Perdana Menteri Shehbaz Sharif agar memecat gabenor wilayah Punjab.

Presiden berkata Gabenor Punjab, Omar Sarfraz Cheema tidak boleh disingkirkan tanpa persetujuannya.

“Penyandang gabenor perlu terus kekal untuk memastikan demokrasi yang sihat dan bersih terus diamalkan dalam pentadbiran kerajaan,” menurut kenyataan presiden pada Isnin.

Baru-baru ini anak lelaki Shehbaz, Hamza Shehbaz dipilih sebagai ketua menteri yang baharu.

Hamza, pemimpin parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis yang dikendalikan Speaker Dewan Negara, Raja Pervaiz Ashraf atas perintah mahkamah.

Majlis itu diadakan di wilayah Lahore pada 30 April.

Sebagai ketua istiadat wilayah itu menjadi kewajipan Omar untuk menjalankan majlis angkat sumpah ketua menteri.

Tetapi Omar menggelar Hamza sebagai “ketua menteri palsu” dan menolak pemilihannya sebagai ketua badan perundangan wilayah itu sebagai tidak berperlembagaan.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular