info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Program Ibu Emas Pulau Pinang Ditangguhkan

47views

GEORGE TOWN, 22 Okt — Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan penangguhan program fasa pertama pemberian wang tunai untuk ibu tunggal dan wanita warga emas, yang dijadualkan pada 24 dan 25 Okt ke satu masa yang akan diberitahu kemudian.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh hari ini berkata, keputusan untuk menangguhkan proram itu telah diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

“Penangguhan itu dibuat disebabkan kenaikkan jumlah kes COVID-19 di Pulau Pinang, selain kerisauan mengenai keselamatan warga Pulau Pinang, terutamanya warga emas yang mudah dijangkiti virus tersebut.

“Penangguhan ini bergantung kepada situasi COVID-19 di Pulau Pinang dan jika ia masih tidak berkurangan sehingga akhir tahun, mungkin kami akan menangguhkannya sehingga tahun hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Phee berkata, 11,705 ibu tunggal dan 49,176 ibu warga emas di Pulau Pinang telah mendaftar di bawah program ini dan masing-masing layak menerima RM100 seorang.

— BERNAMA

Source link