Projektor Memfokuskan Permainan BenQ X3000i Ditawarkan Di Malaysia Pada RM11999

BenQ Malaysia kini hadir dengan sebuah projektor memfokuskan permainan baharu menerusi pengenalan BenQ X3000i. Ia dikatakan mampu memancar dengan tahap kecerahan visual 3000 ANSI Lumen pada resolusi mencapai UHD 4K dengan kadar bingkai 240Hz dan masa tindak balas serendah 4ms. Turut disokonga adalah warna gamut DPI-P3 100% dengan teknologi khusus Cinematic Color BenQ, di samping nisbah kontras tinggi 500,000:1 bersama algoritma Dynamic Black.

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi ketersediaan 3D dan HDR yang dioptimumkan dengan sokongan HDR10/HLG bagi memastikan prestasi yang baik. Sementara itu, sokongan cahaya 4LED dengan kebolehan menentukan warna secara automatik pula menjamin keseronokan berganda sewaktu digunakan untuk permainan.

Tidak ketinggalan, BenQ X3000 juga mempunyai mod permainan yang direka khas dengan kebolehan menetapkan definisi, kejelasan dan audio mengikut kesesuaian. Turut disertakan adalah dua unit pembesar suara 5W ditala sistem bunyi treVolo yang diiiklankan mampu menawarkan bunyi permainan tiga dimensi.

Bagi yang berminat, BenQ X3000i dijual di Malaysia pada harga RM11,999 sebuah. Ia boleh dibeli menerusi kedai atas talian dan pengedar sah BenQ di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button