Public Bank memperkasa pelanggan bagi melindungi diri daripada penipuan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Public Bank Bhd mengambil langkah untuk memperkasa dan mendidik pelanggan tentang cara melindungi diri mereka daripada penipuan dan scam melalui Inisiatif Kesedaran Scam bertempat di Pavilion Bukit Jalil.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata inisiatif tersebut, yang berlangsung dari 25 Nov hingga 26 Dis, 2022, adalah sebahagian daripada usahanya untuk menyediakan pelanggan dengan persekitaran perbankan yang selamat dan terjamin.

“Kami telah menempatkan kakitangan yang terlatih untuk memastikan orang ramai sentiasa dilengkapi dengan maklumat yang diperlukan mengenai pelbagai jenis modus operandi yang melibatkan penipuan dan scam,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Tay Ah Lek berkata keselamatan perbankan dalam talian pelanggannya kekal menjadi keutamaan.

“Bank ini memperluaskan usaha untuk mencapai dan membantu mendidik orang ramai mengenai kebimbangan terhadap penipuan melalui inisiatif ini.

“Kami telah mengambil langkah selanjutnya dengan menyediakan bantuan 24 jam kepada pelanggan melalui unit pengurusan kes Public Bank,” katanya.

Selaras dengan Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan industri perbankan yang dilancarkan pada 30 Okt, 2022, bank telah menyediakan bahan digital dan bukan digital bagi meningkatkan kesedaran pelanggan tentang pentingnya untuk sentiasa berwaspada dan memahami pelbagai modus operandi yang melibatkan penipuan dan scam.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button