Gaya HidupKesihatan

Rajin Puasa Rahsia Umur Panjang

MACHANG: Berpuasa berterusan selama tiga bulan sehingga Ramadan menjadi amalan dan rahsia dikongsi dua beradik dari Kampung Rengas, Tok Bok, di sini, yang kini usia mereka sudah lebih satu abad.

Dua beradik berkenaan, Munah Yunus, 115, dan Pah Yunus, 111, yang masing-masing sudah kematian suami hanya mampu mengengsot selepas terjatuh dalam kejadian berasingan sejak 10 tahun lalu sehingga menyebabkan tulang belakang mereka terjejas.

Pah berkata, secara rasmi usianya dan kakaknya yang berdaftar masing-masing 97 dan 101 tahun, namun jika diikutkan usia mereka sebenarnya sudah lebih satu abad berdasarkan tanda pada hujung nombor kad pengenalan.

“Kami bersyukur kerana dikurniakan umur yang panjang dan pada masa sama, sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong pada awal Ogos lalu sebagai usaha menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Source Link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button