Berita

Rakyat Minta Buka Parlimen Bukannya Bubar Parlimen – Najmil Faiz

108views

KUALA LUMPUR, 17 Jun – “Percubaan alih tiang gol lagi ke ni? Kesian saya tengok dia ni,” demikian sindir Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilihat seolah-olah tidak menunjukkan kesungguhan untuk diadakan sidang Parlimen.

Katanya, tidak perlu diberi alasan seharusnya patuh sahaja dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah

Shah yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Demokrasi perlu dikembalikan kerana pada saat ini pemerintahan negara seolah-olah seperti rejim autoritarian yang tiada elemen semak dam imbang apabila Parlimen digantung.

“Hari ini, kebijaksanaan Seri Paduka Baginda telah terbukti apabila mengutamakan kepentingan negara dan rakyat apabila Raja-Raja Melayu berpendapat tiada keperluan untuk melanjutkan darurat.

“Jangan risau. Rakyat minta buka Parlimen bukannya bubar Parlimen,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Pandangan itu dizahirkan Al-Sultan Abdullah selepas berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, semalam. – UMNO Online