
Rangkaian 5g Mampu Memberdayakan Ekonomi Negara Menjelang 2030
Alumni Parlimen Belia Malaysia sentiasa menyokong agenda kerajaan yang mampu membangunkan negara dari aspek sosial dan eokonomi. Juteru itu pendekatan kerajaan dalam melaksanakan penyebaran rangkaian 5G di Seluruh Malaysia merupakan satu anjakan paradikma dalam dunia teknologi serantau.
Penyediaan teknologi 5G, setahun lebih awal dari jangkaan bukan sahaja akan menjadikan Malaysia antara negara terawal rantau membina ekosistem 5G, malah akan mengubah fungsi teknologi mudah alih itu kepada negara.
Menurut data statistik Jabatan Statistik Malaysia serta dapatan kajian kualitatif oleh Ernst & Young Consulting Services Sdn Bhd melaporkan bahawa perlaksanaan Teknologi 5G Di Malaysia mampu meningkatkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5 % atau RM 122 Bilion menjelang tahun 2030 dan menurut laporan bertajuk ” Menganggarkan Impak EkonomiTerhadap Rangkaian Borong Tunggal 5G di Malaysia yang diterbitkan Digital Nasional Berhad mendapati bahawa perlaksanaan ini akan membuka pasaran terbuka kepada 148,000 pekerjaan baharu dalam tempoh berkenaan.
Penyediaan teknologi 5G, setahun lebih awal dari jangkaan bukan sahaja akan menjadikan Malaysia antara negara terawal rantau membina ekosistem 5G, malah akan mengubah fungsi teknologi mudah alih itu kepada negara.
Dengan 5G, ianya akan dapat memberi akses internet kepada kawasan pedalaman yang sebelum ini tercicir dengan teknologi tanpa wayar ini. Hal ini dapat menaik taraf dan memberi peluang lebih baik, seperti aspek pendidikan, pendedahan kepada kemahiran baru dan mutu perkhidmatan kesihatan. Selain itu, teknologi 5G akan dapat membantu untuk mengembangkan ekonomi luar bandar dan perusahaan kecil untuk meroka peluang pemasaran secara atas talian. Bukan itu sahaja, teknologi 5G akan memacu revolusi industri 4.0 dan membolehkan perkhidmatan digital baharu kepada pengguna dan perusahaan. Secara keseluruhannya, impak terhadap ekonomi negara akan dijanakan sepenuhnya oleh pelaburan pihak swasta dalam pelaksanaan 5G tanpa sebarang peruntukan ataupun jaminan daripada kerajaan.kapasiti internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh internet benda (IoT).
Dengan kehadiran teknologi generasi kelima (5G), ia berpotensi besar untuk merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi di samping mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara.
Kerajaan perlu memperluaskan penyebaran rangkaian 5G di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak kerana ia menyifatkan dengan membawa keterhubungan ke kawasan luar bandar akan meningkatkan leterangkuman , menyediakan lebih banyak peluang pendidikan , pembangunan kemahiran dan pekerjaan serta akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penting. Perkara ini akan membantu memacu memberdayakan ekonomi luar bandar dengan membuka akses kepada peluang perniagaan atau pasaran atas talian.
SIVANESAN TAMIL SELVAM
Ketua Penerangan
Alumni Parlimen Belia Malaysia
016-602 8431