AntarabangsaBeritaCOVID19

R&D vaksin mRNA China kini di fasa ketiga

BEIJING, 27 Sept   — Saintis China kini sedang menjalankan ujian klinikal fasa tiga penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 mRNA di Mexico, Nepal dan Indonesia.

Penyelidik Institut Pengajian Perubatan Ketenteraan, Akademi Sains Kententeraan China, Qin Chengfeng berkata, pihaknya masih menunggu keputusan akhir ujian klinikal itu.

“Pasukan R&D turut menambah baik teknik untuk menangani kestabilan haba vaksin terbabit.

“Ia bagi memastikan suhu untuk penyimpanan dapat dikekalkan pada suhu dua hingga empat darjah Celsius,” katanya pada Forum Sains dan Kesihatan Nyawa Global di sini, pada Sabtu.

Menyentuh mengenai varian baharu COVID-19, Qin berkata berpandukan keputusan pemeriksaan antibodi terhadap varian Alpha, Beta dan Delta, vaksin mRNA dilihat dapat meneutralkan ketiga-tiga varian itu selain mampu menyediakan perlindungan yang baik.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button