Rekaan Oppo Find X6 Tertiris Dengan Penjenamaan Hasselblad Yang Lebih Ketara

Menerusi Oppo Find X5 Pro, sistem kamera peranti dipertingkat dengan sokongan Hasselblad. Mod X-Pan yang sinematik serta warna yang unik boleh diakses oleh pengguna Find X5 Pro. Tahun depan kerjasama antara Oppo dan Hasselblad nampaknya akan diteruskan selepas imej pengolokan Oppo Find X6 telah ditiriskan ke arena web oleh @evleaks.

Pada Findd X6 nampaknya penggunaan rekaan panel belakang dengan bonggol yang landai tidak diteruskan. Sebaliknya bonggol bentuk kotak yang lebih besar menggantikannya. Bukan itu sahaja kali ini penjenamaan Hasselblad tampak lebih ketara dengan logo lebih besar.

Turut dapat dilihat ialah penjenamaan untuk cip ISP MariSilicon X. Dari segi konfigurasi kamera Find X6 akan mengekalkan juga tri-kamera utama. Sebelum ini terdapat maklumat tertiris mengatakan ketiga-tiganya sebesar 50MP. Oppo Find X6 dijangka dilancarkan awal tahun 2023.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button