Selasa, Mei 17, 2022
HomeBeritaRemaja hilang dihanyut arus ditemukan lemas

Remaja hilang dihanyut arus ditemukan lemas

KUANTAN, 7 Mei (Bernama) — Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras semasa mandi di kawasan rekreasi Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Amirun Mohamad, 14, ditemukan pada 6.10 petang di Lubuk Cina, kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilihat kali terakhir.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Amirun dari Jabor, Terengganu dilaporkan hilang pada kira-kira 2.30 petang semasa mandi bersama abang dan dua sepupunya.

Mereka dihanyutkan arus deras ke tempat dalam sebelum abang dan dua sepupu mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di situ.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular