Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaRizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion pada 31 Mei

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion pada 31 Mei

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.39) pada 31 Mei, 2022.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.3 bilion pada 31 Mei, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular