Rizab antarabangsa BNM cecah US$110.3 bilion pada 15 Dis

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencapai US$110.3 bilion (US$1=RM4.4320) menjelang 15 Dis lepas berbanding US$109.7 bilion yang dicatatkan pada 30 Nov 2022.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.3 bulan import barangan serta perkhidmatan dan 1.1 kali daripada jumlah hutang luar negera jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$98.5 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.5 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.9 bilion).

Aset-aset itu merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab lain yang terdiri daripada SDR (RM511.77 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman serta pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM67.66 bilion).

Jelasnya lagi, modal dan liabiliti yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.89 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.27 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM202.95 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.15 bilion), lain-lain deposit (RM35.98 bilion), kertas Bank Negara (RM6.51 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti lain (RM5.05 bilion).

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button