Berita

RSDH Nafi Tawar Pendaftaran Vaksin COVID-19

155views

KUALA LUMPUR, 7 Mei  — Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH) hari ini menafikan tiga kemudahannya iaitu Pusat Perubatan Subang Jaya, Pusat Perubatan Ara Damansara serta Pusat Perubatan ParkCity menawarkan pendaftaran secara persendirian untuk vaksinasi COVID-19 seperti yang ditularkan.

“Tiada pendaftaran persendirian untuk vaksinasi COVID-19 di mana-mana kemudahan RSDH. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membalas sebarang mesej yang menawarkan vaksinasi  COVID-19  secara persendirian di tiga hospital kami,” kata RSDH dalam kenyataan.

RSDH turut mengingatkan orang ramai bahawa pendaftaran bagi vaksinasi COVID-19 hanya boleh dilakukan menerusi saluran yang dibenarkan kerajaan seperti aplikasi MySejahtera.

Source link