info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Ruang masih terbuka untuk BNM kurangkan OPR

81views

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 1.75 peratus hari ini namun ruang masih terbuka bagi pengurangan pada masa depan, kata Ahli Ekonomi OCBC Bank Wellian Wiranto.

Beliau berkata risiko pengurangan OPR telah meningkat baru-baru ini disebabkan oleh cabaran pandemik COVID-19 dan politik, ia masih tidak mencukupi bagi mengimbanginya.

“BNM nampaknya positif terhadap unjuran pertumbuhan menerusi peningkatan yang signifikan dalam kegiatan ekonomi tetapi ia terus memberi amaran mengenai risiko penurunan terhadap pertumbuhan terutama kerana pandemik,” katanya dalam note penyelidikan hari ini.

Beliau berkata dasar semasa kekal sesuai, BNM menyatakan ia komited menggunakan mekanisme dasar untuk pemulihan ekonomi yang mampan,

“BNM telah memberi ruang bagi pengurangan OPR. Ia akan bergantung bagaimana ekonomi akan pulih pada suku keempat dan seterusnya kerana kesan daripada sekatan perjalanan di seluruh dunia dan menjelang pilihan raya Amerika Syarikat,” kata Wellian.

Secara keseluruhan, beliau berkata BNM nampaknya mahu melakukan pengimbangan dalam pelbagai perkara walaupun mengetahui mengenai risiko penurunan, bank pusat mahu memberitahu bahawa unjuran kekal positif berbanding petunjuk menyatakan sebaliknya.

Secara keseluruhan, beliau berkata BNM memberi gambaran bahawa dasar semasa masih sesuai dan menyatakan kembali mengenai pengurangan OPR sebanyak 125 mata asas dilaksanakan tahun ini.

“Bagaimanapun, BNM memberi ruang supaya dapat mengambil langkah sekiranya perlu. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan terus menilai keadaan semasa dan implikasinya kepada prospek bagi inflasi dan pertumbuhan domestik secara keseluruhan,” katanya.

Wellian berkata BNM bank tidak akan teragak-agak untuk bertindak dengan mengurangkan OPR sekiranya menganggap risiko penurunan yang dinyatakannya mula memberi kesan kepada momentum pertumbuhan dengan ketara.

“Jika hasil pada suku keempat terjejas sama ada disebabkan kelembapan eksport atau aktiviti perniagaan diarahkan untuk menghentikan operasinya maka BNM akan bertindak dengan pantas.

“Walaupun mesyuarat MPC akan datang akan berlangsung pada 19 dan 20 Januari, 2021, jika ada desakan, mungkin mesyuarat itu akan memutuskan untuk mengurangkannya sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata ia masih belum menjadi asas Bank OCBC untuk menilainya tetapi dalam beberapa minggu akan datang daripada segi membendung jangkitan COVID-19 di Malaysia atau pembangunan ekonomi global serta pasaran kewangan selepas pilihan raya Amerika Syarikat akan menjadi penentuan utama.

— BERNAMA

 

Source link