Isnin, Mei 16, 2022
HomeBeritaRumah Terbuka Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Bangkok kembali setelah 2 tahun

Rumah Terbuka Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Bangkok kembali setelah 2 tahun

BANGKOK, 7 Mei (Bernama) – Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand kembali selepas tidak diadakan selama dua tahun.

Tahun ini, sambutan diadakan pada skala lebih kecil di Dewan Perniagaan India-Thai (ITCC), di sini hari ini.

Antara yang hadir pegawai kedutaan dan ahli keluarga, kakitangan tempatan, ahli Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) dan Kelab Malaysia Thailand (KMT).

Rumah terbuka memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan tradisional istimewa, beramah mesra dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel dan isteri, Datin Catherina Cherian Samuel turut memberikan sumbangan ‘duit raya’ kepada kanak-kanak.

Pada  2020, Rumah Terbuka Hari Raya dibatalkan susulan mematuhi sekatan dikenakan kerajaan Thailand terhadap perhimpunan awam sebagai usaha menghentikan penularan COVID-19.

Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok memulakan ‘Tiffin Raya’ dengan menghantar juadah Raya menggunakan mangkuk tingkat tiffin berwarna-warni buat rakyat Malaysia.

Tahun lepas, kedutaan turut mengedarkan “Goodies Raya” yang terdiri rendang ayam dan lemang kegemaran rakyat Malaysia, biskut dan kacang – bagi berkongsi kegembiraan perayaan dengan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular