info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Saksi KDN Akui Kontrak VLN Bukan Diberikan Oleh Ahmad Zahid – Peguam

113views

SHAH ALAM, 25 Mei – Sebagaimana diterangkan oleh saksi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini yang menerangkan latar belakang SPPV dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), syarikat dilantik oleh KDN pada tahun 2011 dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukanlah Menteri Dalam Negeri ketika itu, tegas peguambela Hamidi Mohd Noh.

Katanya, berdasarkan kenyataan saksi, konsesi diberikan kepada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) selama tujuh tahun dari tahun 2011 untuk menjadi operator visa luar bagi kerajaan ketika itu dan kontrak ini sehingga 2018 masih berkuatkuasa.

“Komunikasi berkenaan VLN juga tidak dibuat terus kepada Menteri Dalam Negeri seperti mana keterangan saksi tadi, malah surat-surat dihantar kepada Perdana Menteri ketika itu dan terdapat minit-minit arahan dari Perdana Menteri ketika itu kepada Ahmad Zahid. Hanya ada satu surat yang ditunjukkan hari ini mempunyai minit Ahmad Zahid, yang mana minit tersebut adalah minit general iaitu “tiada halangan untuk penyelarasan”.

“Pihak Pembelaan menyatakan bahawa pertuduhan-pertuduhan terhadap Ahmad Zahid adalah dikatakan sebagai menerima rasuah dan atau menerima benda berharga sebagai penjawat awam bagi mengekalkan kontrak UKSB dan melanjutkan kontrak UKSB.

“Pihak Pembelaan sekali menyatakan bahawa konsesi kepada syarikat UKSB telahpun diberikan selama tujuh tahun dari tahun 2011 sehingga 2018 sepertimana pernyataan saksi tadi,” katanya kepada media di perkarangan Mahkamah Tinggi di sini hari ini, sebaik selesai prosiding kes.

Jelasnya lagi, isu berkenaan UKAS juga telah diketengahkan pada hari ini di mana saksi telah memberitahu mahkamah bahawa jika perlanjutan kontrak, selama enam tahun maka itu tidak tertakluk dengan kelulusan UKAS.

Dalam perkembangan yang berkaitan, ulasnya lagi berdasarkan kepada ucapan pembukaan semalam yang dibuat oleh Pendakwaan, pihak media boleh juga merujuk kepada laporan-laporannya bahawa seperti mana di Kuala Lumpur berkenaan Yayasan Akal Budi, Pendakwaan telah menyatakan bahawa ‘tiada satu sen pun digunakan untuk tujuan Kebajikan.

“Pihak Pembelaan melalui Saksi Pendakwaan sendiri telah menunjukkan bahawa Dana Yayasan Akal Budi telah digunakan untuk membina masjid, tahfiz, pusat pengajian Islam, melalui sistem waqaf infaq dan sebagainya di dalam kes tersebut,” katanya. – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan